AKTIVITI Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah fasal (1) Undang-Undang Kecil ini, Koperasi boleh mendapatkan modal dengan cara mengumpul syer dan simpanan khas daripada anggota-anggota dan mendapatkan pinjaman - pinjaman daripada anggota-anggota dan bukan anggota tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 50 Akta.Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti yang disebutkan di dalam fasal (1) Undang-Undang Kecil koperasi, Lembaga hendaklah membuat aturan-aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan satu salinannya dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. ![]() ![]() AKTIVITI / SKIM Diantara aktiviti-aktiviti dan skim yang sedang dijalankan oleh Koperasi sepanjang tahun kewangan adalah seperti berikut; 1. SKIM SIMPANAN KHAS (SKIM SIMPANAN AHLI) Setakat 31 Disember 2008, skim ini telah menarik seramai 367 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM635,773.46 dan simpanan ini dibayar 5.5% dikira secara bulanan. 2. AKAUN YURAN Selaras dengan teguran Ketua Pendaftar Koperasi Bil JPK/SWK(IP)/2407/AUDIT/(20) berkenaan pematuhan kepada kehendak AKTA KOPERASI 1993 dibawah perenggan 50(c), maka bermula dari bulan Mac 2006, ahli - ahli koperasi telah diwajibkan untuk mencarum yuran minima RM5.00 sebulan dan RM60.00 setahun. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan dikenakan denda 5%. Setakat 31 Disember 2008, seramai 472 ahli telah mencarum sebanyak RM917,816.88 dan caruman ini akan dibayar 10% dividen dikira secara bulanan. 3. SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN Jumlah maksima pembiayaan kewangan telah ditingkatkan dari RM50,000 dengan tempoh bayar balik maksima 120 bulan. Pembiayaan kewangan ahli ini tertakluk kepada jumlah yuran ahli dengan KOPPES, iaitu 5 kali nilai Akaun Yuran dengan seorang atau 2 orang penjamin. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 7% setahun. Sepanjang tahun 2008, seramai 32 orang ahli telah mendapat kemudahan. Skim ini dengan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM2,667,600.00 dan kadar keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM1,598,905.00 (sepanjang tempoh pembiayaan). 4. HADIAH GALAKAN PENDIDIKAN Skim ini adalah sebagai pendorong kepada anak-anak anggota untuk terus maju dalam pendidikan. Hadiah galakan pendidikan ini diberi kepada anak-anak anggota yang mendapat kelulusan cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Setakat 31 Disember 2008 sebanyak 32 orang anak anggota telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dan 25 orang anak anggota layak mendapat saguhati. RM18,920.00 telah dibelanjakan untuk diagihkan kepada penerima yang layak bagi peperiksaan awam tahun 2007. Peperiksaan Keputusan Amaun Galakan Bagi anak anggota yang tidak layak menerima anugerah yang tersebut di atas akan diberi RM50.00[UPSR], RM60.00[PMR], RM70.00[SPM] bagi tiap-tiap ‘A” yang diperolehi dalam apa jua matapelajaran untuk ketiga-tiga peperiksaan yang berkenaan. 5. SKIM PEMBIAYAAN KREDIT BARANGAN Tujuan skim ini adalah untuk memudahkan ahli serta kakitangan anak syarikat SEDC membeli barangan pengguna seperti alat-alat elektronik, perkakas dapur, alat telekomunikasi, perabot dsbnya. Sepanjang tahun kewangan 2008 seramai 222 orang telah menikmati skim ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM995,664.31. Untuk skim ini KOPPES mengenakan kadar keuntungan sebanyak 7% setahun dengan ‘mark-up’ sebanyak 10% serta yuran proses sebanyak RM10.00 bagi ahli dan mengenakan kadar keuntungan sebanyak 10% setahun dengan ‘mark-up’ sebanyak 10% serta yuran proses sebanyak RM50.00 bagi kakitangan anak syarikat SEDC. 6. PEMBIAYAAN KHAS Tujuan skim ini adalah untuk memberi kemudahan kepada ahli mendapat pembiayaan kecemasan bagi membiayai kos semasa permulaan persekolahan anak-anak ahli serta sambutan hari perayaan dan lain-lain. Jumlah maksima pembiayaan khas ialah RM2,000.00 dan yuran proses sebanyak RM200.00 dengan bayaran balik untuk tempoh 24 bulan. Sepanjang tahun kewangan 2008 seramai 99 orang ahli telah menikmati skim ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM193,500.00. Kadar keuntungan yang diperolehi untuk 2008 adalah sebanyak RM19,350.00 (sepanjang tempoh pembiayaan). 7. SKIM PEMBIAYAAN LAWATAN MUHIBBAH Skim ini diperkenalkan untuk memberi kemudahan kepada ahli untuk membiayai pakej Lawatan Keagamaan (UMRAH atau ZIARAH) dan lawatan muhibbah untuk ahli serta keluarga ke destinasi pilihan sama ada di dalam atau di luar negara. Jumlah maksima pembiayaan ialah RM5,000.00 sahaja dan yuran proses sebanyak RM10.00 dengan bayaran balik untuk tempoh maksima 60 bulan. Sepanjang tahun kewangan 2008 seramai 45 orang ahli telah menikmati skim ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM234,623.57. Kadar keuntungan yang diperolehi untuk tahun 2008 adalah sebanyak RM88,047.57 (sepanjang tempoh pembiayaan). 8. KEBAJIKAN Skim ini adalah untuk meringankan beban anggota atau keluarga anggota yang kematian keluarga terdekat atau lain-lain, tertakluk kepada keputusan/ kelulusan Lembaga Pengarah. Pemberian adalah seperti berikut; a) Ahli meninggal dunia RM500.00 b) Ibu/Bapa, suami/isteri atau anak ahli meninggal dunia RM200.00. Sepanjang tahun 2008, 19 orang ahli telah diberi bantuan. Jumlah sumbangan yang telah dihulurkan adalah sebanyak RM4,100.00. 9. SEWAAN BANGUNAN Bangunan Koperasi Koppes Berhad di Lot 249, dan Lot 250 setakat ini telah disewa sepenuhnya kecuali Tingkat Bawah, Lot 250 dan Tingkat Satu Lot 249 & Lot 250 yang digunakan sebagai pejabat koperasi. Nilai sewaan sekarang adalah RM3,300.00 sebulan. Jumlah sewaan yang diterima bagi sepanjang tahun 2008 adalah sebanyak RM39,600.00. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008; 1. Sumbangan kepada badan - badan amal dan pertubuhan sebanyak RM4,733.00.2. Kursus, Seminar dan Ceramah - KOPPES telah membelanjakan RM4,852.00. 3. Insurans kepada Anggota- KOPPES telah membelanjakan RM6,786.00. |

Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah fasal
