PENGENALAN KOPERASI  
smbg1.JPG
Koperasi Koppes Sarawak Berhad telah ditubuhkan pada 22hb Mac 1985 dengan No. Pendaftaran 7/85. Semasa penubuhannya Koperasi Koppes Berhad cuma mempunyai 175 orang anggota dengan modal saham bernilai RM58,070 Setakat 31hb Disember 2006, jumlah keanggotaan adalah sebanyak 473 orang, 210 dari keanggotaan tersebut adalah terdiri daripada kakitangan PPES, 23 orang dari subsidiari PPES manakala 240 orang adalah bekas kakitangan PPES.

OBJEKTIF

Matlamat Koperasi KOPPES Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Tujuan utama Koperasi ini ialah untuk menjalankan aktiviti pengguna.

(1)   Bagi mencapai matlamat yang tersebut di dalam Undang-Undang Kecil 6 amnya dan tujuan yang tersebut di dalam Undang-Undang Kecil 7 khasnya koperasi bolehlah, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan,  menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:-


(a)  menyedia dan membekalkan barang-barang keperluan kepada anggota-anggota dan bukan anggota;
 
(b)  menjalankan aktiviti perniagaan, perindustrian dan perdagangan termasuk aktiviti perumahan, perladangan dan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan;

(c)  mengadakan skim dan kemudahan untuk anggota-anggota termasuk skim simpanan, pinjaman biasiswa dan kebajikan;
 
(d)  membeli-menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, mengadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih;
 
(e)  melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah Seksyen 54 Akta;
 
(f)   mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kebenaran Ketua Pendaftar;

(g)  menjalankan aktiviti perlombongan, pembalakan dan perkapalan; dan
 
(h)  menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.

 



 

 
   
© Copyright 2007 Koperasi Koppes Bhd. All Rights Reserved.Powered by Uniweb Solutions.